Lama Wawa tak menulis, bukan sebab sibuk cuma Wawa kehilangan mood dan inspirasi. Blog tersadai tanpa dijenguk, cerpen tak bersentuh, novel hanya ada jalan cerita, proposal master tak ingin disentuh. Ni semua kerana perjalanan yang Wawa lalui terlalu sukar dan menyakitkan.
Semuanya bermula dari persahabatan Wawa dengan bestfriends Wawa yang Wawa selaluu gelar sedara seperiuk sebelanga. Persahabatan kami diuji dengan hebat sekali sampai satu tahap kami semua bawak haluan masing-masing. Kami hilang pertimbangan, sesat dalam gelombang emosi. Namun masa jadi pengubat. Mungkin kami masih tak cukup kuat untuk berpisah mengikut haluan masing. Mungkin betul kata orang teman yang bertahan sepanjang zaman universiti akan kekal buat selama-lamanya.
Wawa lalui Ramadhan tahun ini bersendirian. Jujur Wawa akui Wawa tak biasa hidup bersendirian.Tapi Wawa lalui dengan tabah sebab Allah kirimkan Wawa kekuatan memlalui keluarga yang tak pernah lokek memberi kasih-sayang dan sokongan. Allah berikan juga seorang lagi teman baru sebagai peneman.
Namun ujian yang paling sukar sekali bila Wawa tak dapat konvo bersama kawan-kawan yangg lain. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Hanya kerana 1 semester pendek yang sebenarnya tidak memberi apa-apa kesan kepada keputusan. Wawa sebenarnya dah bersedia dari awal tentang kemungkinan ni semasa Wawa terima tawaran ke Korea. Namun Wawa tak ingin berputus asa. Wawa dengan kawan-kawan yang lain berjuang untuk satu peluang. Alhamdulillah peluang muncul hasil perjuangan berteman air mata.
Namun harapan tu semuanya palsu belaka.Janji manis bahawa pihak fakulti akan membantu Wawa hanya tinggal janji.Wawa dan kawan-kawan senasib dibiarkan tertanya-tanya atas status kami. Sehari sebelum hari konvekesyan kami masih mengharap. Betapa sedihnya hati melihat Mama dengan Abah memandang sayu orang lain berangkat menghadiri majlis konvekesyen anak-anak masing-masing. Bayangkan pedihnya melihat kawan menyarung jubah dengan ijazah masing-masing.
Belum lagi soalan-soalan pedas dari mereka-mereka yang ttak pernah bersimpati. Tertalu pedih apatah lagi Wawa bukan pelajar yang pemalas. Wawa adalah salah seorang pelajar cemerlang dengan pingat emas. Apa yang boleh Wawa katakan kejam sungguh membiarkan kami ternanti-nanti tanpa sebarang kata walaupun sepucuk surat yang menyatakan kami sudah tamat belajar. Apa yang apa yang kami lakukan tanpa keputusan penuh ataupun surat dari universiti.
Kemudian Wawa ambil keputusan untuk sambung pelajaran ke peringkat master. Wawa isi borang, Wawa sediakan proposal...Kemudian Wawa menanti dengan penuh harapan. Penantian yang teramat panjang. Di saat akhir akibat onar seorang yang Wawa anggap teman permohonan kami tidak diproses. Ya Allah, sakit yang teramat sangat. Wawa terpaksa bergegas balik ke kampus dengan kawan-kawan yang turut menjadi mangsa. Namun masa terlampau suntuk. Sekali lagi kami merayu dan dilayan pengemis.
Di saat ini Wawa masih menunggu, menanti walaupun harapan senipis kulit bawang. Wawa takkan mengalah walaupun takdir bukan untuk Wawa. Jika telah tertulis di luh mahfuz rezeki Wawa bukan di sini Wawa redha. Wawa tawakal dengan apa yang telah tertulis untuk Wawa. Perjalanan ini memang menyakitkan. Terlalu pedih, namun Wawa harus kuat demi keluarga.
Wawa terima jika ini hukuman daripada Allah atas kealpaan Wawa. Wawa yakin jika ini ujian yang Dia turunkan untuk Wawa, maka ia adalah untuk menguatkan Wawa. Allah tidak akan menguji hamba yang tidak mampu melaluinya. Selagi Allah memberi peluang Wawa peluang untuk bernafas selama itu jugalah Wawa akan terus berjuang, terus bermimpi, terus berlari mengejar cita-cita Wawa.
Ya Allah jika jalan ini yang Kau takdirkan untukku aku redha. Jika ini hukuman atas kealpaanku aku terima dengan hati yang lapang. Ya Allah kuatkan hatiku untuk menjalani jalan ini walaupun perjalanan ini kurasakan terlalu jauh dan perit. Aku tidak akan meminta Kau kabulkan permintaanku, tapi aku meminta Kau berikanlah yang terbaik untuku. Walau payah dan perit akan aku lalui.