MERAHNYA INAI DI
JARi...
Assalamualaikum....
Lama dah Wawa tak
update blog yang memang tak ada siapa nak baca ni. Ni semua akibat terlampau
SYOK bergelumang dengan THESIS TERCHENTA. Alhamdulillah sempat juga Wawa hantar
final draft minggu lepas. Lepas hantar draft, Wawa bergegas balik ke kampung
dekat Black Water, Rock Chiesel..kat mana tuh?Bunyi jauh sangat jer...heheheh. Tak
jauh pun...dekat Ayer Hitam, Batu Pahat jer. Saje nak letak nama macam dekat
oversea...baru la KELAS KO JAH!!!
Kalau diikutkan
hati memang la malas nak balik kampung bukan tak mahu tapi memikirkan exam dah
dekat, ketaq lutut chek. Tapi memandangkan sepupu Wawa nak kahwin...terpaksa la
jugak. Mama suruh balik, ya la duk kampung ni lain macam sikit. Kalo tak balik
tak pasal-pasal dicop kekwat la pulak...
Panjang pulak
intro Wawa kan. Jadi dah balik tu for sure la kena turun padang rewang,
membantu apa yang patut. Buat bunga telor, bungkus goodies bag,
bla...bla...bla...seribu satu macam kerja la kan. Tapi ada satu kerja ni mamang
Wawa selalu joint, jaran-jarang sangat tak joint. Pakaikan inai untuk pengantin
perempuan...
Inai ni memang
popular la dalam adat Melayu. Tak sah la kalau pengantin tak pakai inai...kalau
pengantin tu tak pakai inai memang something wrong somewhere la. Wawa pernah
dengar ada satu dongeng la...lagi merah inai di jari pengantin tu lagi la
bahagia la rumah tangga dia nanti. Sahih atau tak..Wawa pun tak tau.
Ingat lagi dulu
mana ada inai serbuk jadi terpaksalah ambik yang fresh lepas tu tumbuk...sebab
nak bagi merah macam la kami letak...arang, gambir, nasik...semua masuk...lepas
tu perah air limau...rasa macam nak buat sambal belacan pun ada juga.La ni tak
payah dah susah...kalo nak fresh punya masuk aja dalam belder (pastika basuh
bersih2 nnt pijo plak). Nak lagi senang pegi jer kedai-kedai pengantin atau
kedai-kedai India...lepas tu cakap, 'annei saya mau itu inai serbuk'. Balik
rumah bancuh, lepas tuh tempek. Nak lagi senang pegi jer kedai mintak, 'saye
nak inai dalam tube". Tadaaaaaa....zaman dah moden kan.
Dulu arwah Tok
slalu cakap jangan pakai inai siang hari. Nanti kalau ayam nampak...kalau ayam
nampak nanti tak merah. Padahal...inai kena pakai waktu malam, kalau pakai
siang nanti tak jadi kerjalah. Nak tunggu inai tu kering lama tau...kesian
tengok pengantin lepas jer pakai inai dah tak boleh bergerak. macam insan
kelainan upaya pulak dah...
Masa zaman Wawa
kecik-kecik dulu orang pakai inai kat jari je...lepas buat bulat dekat tapak
tangan, kaki pulak cuma pakai dekat jari lepas tu keliling kaki tu buat satu
jalur panjang...sekarang tren baru berlukis-lukis..macam-macam corak. Suka Wawa
tengok kreatif. Kalau dah bosan-bosan Wawa pun buat juga...saja nak lepas gian.
Tapi hari tu ada hamba Allah ni cakap pada Wawa pakai inai bercorak ni haram.
Terus terang Wawa tak tau...so selepas melakukan proses menggoogling..so inilah
jawapan yang Wawa dapat:
- Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa
- Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
- Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
- Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
(Sumber:http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemakaian-inai-bercorak-mengikut-syarak)
Jadi jawapannya
tak haram yer saudara dan saudari. Dekat sini Wawa nak nasihat kepada diri
sendiri dan pada saudara saudari di luar sana. Jangan cepat mengengeluarkan
hukum, siasat dule betul-betul. Sekarang ni mudah, taip jer..keluar la semua.
Tapi pilihlah site-site yang dipercyai. Jangan main bantai jer.
So end of the day
Wawa pun joint la skali pakai inai. Taraaaa...tapi bukan la macam pengantin.
Bridemaids pakai kat kuku jer...jangan la cepat salah sangka yer kawan-kawan
ni. Ramai jer yang bukan pengantin pakai inai, ada macam Wawa ni, saja
suka-suka, ada yang untuk berubat. Petua orang tua-tua inai ni boleh sembuhkan
cagu(sejenis penyakit kuku), boleh lebatkan rambut, boleh penyakit
kulit..macam-macam la. Sebab tu la kalo zaman dulu rumah orang Melayu memang
wajib ada pokok ni.
Tapi bagi Wawa
secara personalnye...inai ni bagi Wawa sebagai satu simbol happiness. Ye la nak
kahwin siapa tak happy. Lagipun dalam memori Wawa inai ni memang biasanya untuk
occassion yang menggembirakan sebab biasanya orang pakai bila bertunang,
berkahwin or even untuk hari raya. So bila tengok merahnya inai di jari jer dah
cukup buat Wawa jadi happy...
Assalamualikum.. Saya nak tanye..kalau kite tulis nama kite di terlapak tangan mengunakan inai... Apa hukum nye??
ReplyDelete