Wawa suke sangat buat ujian personaliti. Kat facebook tu sume ujian personaliti Wawa buat, yang merepek, yang tak merepek...so kat bawah ni ade beberapa ujian yang Wawa rase agak boleh pakai la. Sebelum ni meh Wawa bagitau sikit-sikit perkara tentang Wawa. Wawa pade 10 Februari tahun tuttttttt bersamaan 3 Rejab tahun tuttttttt Hijrah. So kalau lahir bulan Februari tuh tau la...zodiak Wawa Aquarius. Anak sulung daripda 3 adik beradik...aku kan akakkkkkkkk (ayat famous bile nak suruh adik-adik buat kerje). Menurut test darah yang Wawa buat masa sekolah menengah dulu...jenis darah Wawa ni O+. So kat bawah ni hasil personaliti test yang Wawa dah buat...
ANAK SULUNG
- anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur serta ego
- sering berjaya dalam hidup
- lebih pandai mengambil hati orang tua
- nilai tanggungjawab yang tinggi
FEBRUARI
- Berfikiran abstrak.
- Sukakan benda yang reality dan abstrak.
- Intelligent, bijak dan genius.
- Berpesonaliti yang mudah berubah.
- Mudah menawan hati orang lain.
- Agak pendiam, pemalu dan rendah diri.
- Jujur dan setia pada segalanya.
- Keras hati untuk mencapai matlamat.
- Tidak suka dikongkong.
- Mudah memberontak apabila dikongkong.
- Suka kegiatan yang lasak.
- Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
- Mudah mempamerkan marahnya.
- Tidak suka benda yang remeh-temeh.
- Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
- Sangat berani dan suka memberontak
- Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
- Pemerhatian yang tajam.
- Suka hiburan dan sukan.
- Suka benda yang bersifat seni.
- Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
- Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
- Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
- Belajar untuk mempamerkan emosi.
REJAB
- Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidik dengan baik agar dapat menerapkan nilai-nilai yang baik.
- Ketika dewasa, dia suka bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa .
AQUARIUS YANG RASIONAL
- Ciri Positif:Orang yang lahir pada tarikh antara 20 Januari hingga 18 Febuari dikatakan bernaung di bawah zodiak Aquarius, yang berlambang gelombang (alur air). Anda meminati pengembaraan, berjiwa kemanusiaan, ingin tahu, ada semangat berontak, bersikap spontan, progesif, persahabatan, hak asasi, berkumpulan, dan manfaat manusia.
- Ciri Negatif:Walau bagaimana pun,ada kalanya Aquarius menghadapi gangguan, tak boleh dijangka, suka membantah, memberontak, tak lengkap, perilaku salah, tak kosisten, perangai radikal, kurang kaedah, dan mendatangkan bencana.
ANAK SULUNG
- anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur serta ego
- sering berjaya dalam hidup
- lebih pandai mengambil hati orang tua
- nilai tanggungjawab yang tinggi
JENIS DARAH O ADALAH PEJUANG (WARRIORS)
- Mereka "outgoing","expressive", dan "passionate". O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.
- Peribadi Asas:Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.
- Kadar Toleransi:Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.
- Bagaimana Mereka Melihat Masa Hadapan Dan Masa Lampau: Positif tentang masa lampau, oleh itu, tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.
- Bagaimana Mereka Menggambarkan Perasaan:Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.
- Bagaimana Mereka Bekerja:Keupayaan menumpukan perhatian bergantung kepada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.
* Tapi ingatan kat kawan-kawan, test ni bukannya diyakini 100% betul yer. Ni salah satu cara nak kenali diri. Kalo dapat yang tak ok tu jgn la pulak nanges golek-golek, sebab semuanya berbalik pada diri sendiri jagak.