Wednesday, December 19, 2012

MONKEY & THE POKOK MOKTAN...


Ye ye musim buah...antara musim yang Wawa paling suka, sebab dapat makan buah free. Hehehehe...best kan. Musim buah kalau kat kampung Wawa paling banyak buah moktan la (buah rambutan orang utara panggil buah moktan). Wan (panggilan untuk Atuk Wawa sebelah Mak) tanam banyak pokok rambutan dengan durian.Tapi lepas arwah meninggal banyak pokok durian dah mati,mungkin sebab tak da siapa yang menjaga sepertimana arwah buat.

Masa Wawa kecik-kecik dulu Wawa ni nakal la jugak. Hobi Wawa di waktu lapang dengan tak lapang ialah...tadaaaaa...panjat pokok. Jadi bila musim buah macam ni, bertambah-tambah la tabiat monkey Wawa ni. Wawa dengan cousin2 sekalian memang suka panjat pokok rambutan, lepas tu petik & makan rambutan atas pokok. Nikmatnya...buah terasa lebih manis daripada biasa (hahahaha...ayat yang amat poyo). Dah makan tuh kami baling la kulit dekat bawah pokok.

Tapi nak dijadikan cerita...Wan memang tak suka kami makan atas pokok. Pantang sungguh orang tua tu, mungkin dia takut anak cucu dia patah riuk jatuh pokok rambutan & nak mengelakkan kami sepahkan bawah pokok dengan kulit rambutan yang kami makan. Kalau arwah nampak kami atas pokok memang siap la kami kena marah, siap kena kejar dengan parang lagi (ala Wan acah jer nak takutkan kami). Apalagi kami masa tuh lari macam tak cukup tanah la...

Tapi esoknya kami buat lagi (memang jenis tak dengar cakap kami ni). Kesian Wan hari-hari kena kejar kami. Sampai la satu hari tu, mungkin Wan dah tak larat nak kejar kami. Wan tebang semua dahan yang rendah. Jadi oleh kerana kami masa tuh masih lagi kerdil2 belaka maka kami tak dapatlah panjat pokok lagi (padan muka kan).

Lagu satu benda yang Wawa ingat, Wan cukup pantang kalau orang ambik barang dia tanpa kebenaran, kalau nak makan mintak. Pernah sekali Wan tebang pokok durian sebab buahnya selalu kena curi. Kata arwah, makanan yang haram akan jadi darah daging tau, jadi jangan sesekali mencuri, tak berkat hidup dunia akhirat.Wan slalu marah kami sebab tak cari makan buah-buah yang dah ranum, masa belum masak bukan main lagi kami panjat pokok (dah dasar suka cari pasal). Makan salah tak makan pun salah.

Tapi sekarang semuanya dah jadi memori. Monyet-monyet tu dulu dah besar, ada yang dah kahwin pun. Arwah pun dah tinggalkan kami. Sekarang ni bila musim buah jer Mak Teh akan panggil semua anak cucu Wan balik kampung makan buah. Masa Wawa belajar dulu, kalo balik kampung masa musim buah Wawa bawak beg kosong je, sebab mesti beg tu akan dipenuhi dengan buah rambutan bila balik kampus nanti. Macam penjual buah jer...

Walaupun Wan & Tok dah tak da tapi hasil kerajinan arwah kami dapat rasa sampai sekarang.Dah jadi anak dara ni Wawa dah tak la buat perangai panjat pokok macam monyet macam dulu (tapi kadang-kadang kalau dah gian sangat Wawa panjat jer). Sekarang Wawa ada tugas baru...Tugas baru Wawa ialah 'moktan testing', bukan wine testing (harammmmmmm...) tapi moktan testing. 

Kerja dia cukup senang, Wawa pegi jer dari satu pokok ke satu pokok, lepas  tu rasa buah dia. Mana satu pokok yang sedap yang tu la nanti Wawa mintak Pak Jang (pemanjat pokok rambutan yang paling terer dalam keluarga kami) panjat. Wawa kat bawah tadah jer bakul sambil makan rambutan sebab MONYET dah jadi ANAK DARA tak boleh panjat THE POKOK MOKTAN LAGI....bersara sudah.

    

Tuesday, October 30, 2012

PERJALANAN YANG TERLALU PANJANG...

Lama Wawa tak menulis, bukan sebab sibuk cuma Wawa kehilangan mood dan inspirasi. Blog tersadai tanpa dijenguk, cerpen tak bersentuh, novel hanya ada jalan cerita, proposal master tak ingin disentuh. Ni semua kerana perjalanan yang Wawa lalui terlalu sukar dan menyakitkan.
 
Semuanya bermula dari persahabatan Wawa dengan bestfriends Wawa yang Wawa selaluu gelar sedara seperiuk sebelanga. Persahabatan kami diuji dengan hebat sekali sampai satu tahap kami semua bawak haluan masing-masing. Kami hilang pertimbangan, sesat dalam gelombang emosi. Namun masa jadi pengubat. Mungkin kami masih tak cukup kuat untuk berpisah mengikut haluan masing. Mungkin betul kata orang teman yang bertahan sepanjang zaman universiti akan kekal buat selama-lamanya.
 
Wawa lalui Ramadhan tahun ini bersendirian. Jujur Wawa akui Wawa tak biasa hidup bersendirian.Tapi Wawa lalui dengan tabah sebab Allah kirimkan Wawa kekuatan memlalui keluarga yang tak pernah lokek memberi kasih-sayang dan sokongan. Allah berikan juga seorang lagi teman baru sebagai peneman.
 
Namun ujian yang paling sukar sekali bila Wawa tak dapat konvo bersama kawan-kawan yangg lain. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Hanya kerana 1 semester pendek yang sebenarnya tidak memberi apa-apa kesan kepada keputusan. Wawa sebenarnya dah bersedia dari awal tentang kemungkinan ni semasa Wawa terima tawaran ke Korea. Namun Wawa tak ingin berputus asa. Wawa dengan kawan-kawan yang lain berjuang untuk satu peluang. Alhamdulillah peluang muncul hasil perjuangan berteman air mata.
 
Namun harapan tu semuanya palsu belaka.Janji manis bahawa pihak fakulti akan membantu Wawa hanya tinggal janji.Wawa dan kawan-kawan senasib dibiarkan tertanya-tanya atas status kami. Sehari sebelum hari konvekesyan kami masih mengharap. Betapa sedihnya hati melihat Mama dengan Abah memandang sayu orang lain berangkat menghadiri majlis konvekesyen anak-anak masing-masing. Bayangkan pedihnya melihat kawan menyarung jubah dengan ijazah masing-masing.
 
Belum lagi soalan-soalan pedas dari mereka-mereka yang ttak pernah bersimpati. Tertalu pedih apatah lagi Wawa bukan pelajar yang pemalas. Wawa adalah salah seorang pelajar cemerlang dengan pingat emas. Apa yang boleh Wawa katakan kejam sungguh membiarkan kami ternanti-nanti tanpa sebarang kata walaupun sepucuk surat yang menyatakan kami sudah tamat belajar. Apa yang apa yang kami lakukan tanpa keputusan penuh ataupun surat dari universiti.
 
Kemudian Wawa ambil keputusan untuk sambung pelajaran ke peringkat master. Wawa isi borang, Wawa sediakan proposal...Kemudian Wawa menanti dengan penuh harapan. Penantian yang teramat panjang. Di saat akhir akibat onar seorang yang Wawa anggap teman permohonan kami tidak diproses. Ya Allah, sakit yang teramat sangat. Wawa terpaksa bergegas balik ke kampus dengan kawan-kawan yang turut menjadi mangsa. Namun masa terlampau suntuk. Sekali lagi kami merayu dan dilayan pengemis.
 
Di saat ini Wawa masih menunggu, menanti walaupun harapan senipis kulit bawang. Wawa takkan mengalah walaupun takdir bukan untuk Wawa. Jika telah tertulis di luh mahfuz rezeki Wawa bukan di sini Wawa redha. Wawa tawakal dengan apa yang telah tertulis untuk Wawa. Perjalanan ini memang menyakitkan. Terlalu pedih, namun Wawa harus kuat demi keluarga.
 
Wawa terima jika ini hukuman daripada Allah atas kealpaan Wawa. Wawa yakin jika ini ujian yang Dia turunkan untuk Wawa, maka ia adalah untuk menguatkan Wawa. Allah tidak akan menguji hamba yang tidak mampu melaluinya. Selagi Allah memberi peluang Wawa peluang untuk bernafas selama itu jugalah Wawa akan terus berjuang, terus bermimpi, terus berlari mengejar cita-cita Wawa.
 
Ya Allah jika jalan ini yang Kau takdirkan untukku aku redha. Jika ini hukuman atas kealpaanku aku terima dengan hati yang lapang. Ya Allah kuatkan hatiku untuk menjalani jalan ini walaupun perjalanan ini kurasakan terlalu jauh dan perit. Aku tidak akan meminta Kau kabulkan permintaanku, tapi aku meminta Kau berikanlah yang terbaik untuku. Walau payah dan perit akan aku lalui.  
 

Thursday, August 9, 2012

AKU KAN ALONG...

Pejam celik...pejam lepas tu celik balik. Banyak kali pejam lepas tuh celik dah 20 Ramadhan...lagi 9 hari jer lagi kita nak berhari raya. Sekejap sangat rasanya Ramadhan dah nak berakhir...Agaknya cukup tak amal ibadat kita dalam bulan berkah ni.Tahun ni boleh kata Wawa berpuasa bersendirian sebab perlu buat latihan industri. Kawan-kawan semua dah balik kampung. Nasib baik ada Syikin, jadi peneman saat berbuka. 

Besar sungguh rahmat Tuhan...kasih sayang Dia melimpah ruah. Dia tak biarkan Wawa bersendirian...dia ambil balik teman-teman baik Wawa tapi Dia tetap tak tinggalkan Wawa sendirian. Alhamdulillah...tapi yang paling penting dia kurniakan Wawa nikmat keluarga yang terlalu menyayangi Wawa. Tak da satu sahur pun berlalu tanpa dikejutkan Mama, tak da sekali berbuka pun Angah atau Abah tak telefon bertanya khabar.

Alhamdulillah walaupun tahun ni berpuasa di UTM, tapi Wawa tetap luangkan masa untuk balik kampung hujung minggu. Tak kesahlah terpaksa naik bas ting tong pun, asalkan dapat bersama keluarga.Seronok rasanya dapat masak juadah berbuka. Tak dilupa hantar pade jiran-jiran dan sedara mara. Tahun ni kecekapan Wawa masak juadah berbuka dengan kuih tradisional dah diakui oleh mem besar...bangga gilar. Kiranya dalam hal dapur ni Wawa dah dapat grad la...hehehehe.

Memandangkan raya just around the corner...mula la kami sekeluarga buat persiapan raya. walaupun tahun ni 2 hari nak raya baru Wawa balik persiapan raya tak boleh nak skip yer. almaklumlah Wawa ni anak sulung...aku kan Kak Long. Dah jadi salah satu skop kerja sebagai Kak Long untuk buat persiapan raya. Orang mesti cakap macam la besar sangat peranan Kak Long ni...tapi dalam family Wawa peranan Kak Long ni sangat-sangat la besar melibihi saiz Kak Long tu sendiri...tak percaya? Cuba tengok soalan-soalan yang memang tiap-tiap tahun masuk dalam diari raye seorang Kak Long:

  1. Along tahun ni baju raya kita tema color ape?
  2. Bile kite nak hantar baju nak jahit?
  3. Along tolong jahitkan manik kat baju Angah?
  4. Along tahun ni nak cat rumah tak?
  5. Langsir tahun ni macam mane Along...?Bila Along nak jahit.
  6. Moreh tahun ni kita nak masak ape ye Long...
  7. Bila nak mula buat kuih raya?
  8. Kuih raye ape kite nak buat tahun ni..
  9. Tikar getah nak beli baru tak..
  10. Along pelita bila nak pasang?
  11. Seluar Adik bile nak beli Long?
  12. Long bile kite nak cuci tingkap...
  13. Along last puase nanti adik nak nak sambal udang, angah nak sambal bilis...mama suruh masak rendang dengan sambal kacang. Jangan lupa kuah lodeh...
  14. Along jom ambik baju..
  15. Jom hantar kuih rumah Mak Teh dengan Mak Cik
  16. Long jom la gi Bazar Raya...
  17. Along pegi pasar beli barang dapur yer...
And the list go on and go on...and on and on...Panjangnyer, macam bibik jer. Hehehehe...mungkin sesetengah orang rasa terbeban, tapi bagi Wawa semua ni sikit pun tak membebankan. Wawa rasa happy buat semua ni. Bila tengok adik-adik happy bile semua dah tersedia...the feeling was just priceless. Wawa rasa diri Wawa sangat dihargai bila family cakap...cantik baju Along pilih, sedapnya kuih Along, kenyangnya makan Along masak...rasa diri dihargai.
Walaupun tahun ni Wawa lambat balik...2 hari nak raya baru nak tercongok kat rumah...tapi persediaan raya tetap kene buat. Nak tau macam mane...senang je, tiap hari call rumah & bagi keje kat adik-adik ku tercinta...Angah jangan lupa lubangkan renda langsir(Along yang bijak beli langsir dah siap, tinggal potong and gantung jer). Adik jangan lupa lap tingkap along dah beli sabun lap cermin. Angah buat biskut raya...resipi Along dah print out. Angah hantar baju pegi jahit...kain Along dah beli...bla...bla...bla...and the instructions go on and on and on...
Ahaksssssss...best kan jadi Along. Dengan menggunakan handphone Nokia Classic 3120 Wawa...semua persediaan raya dapat disiapkan. Hehehe...nasib la kan arahan Along hampir wajib dipatuhi. Memang dah sifat azali seorang kakak tuh akan mengarah adik-adiknya sesuka hati jiwa dan raga. Naseb la siapa suruh korang lahir lambat...after all AKU KAN ALONG...heheheheheh 


Thursday, July 26, 2012

AKU INGIN MENANGIS


Ya Allah aku ingin menagis. Bukan aku menyesali takdirMu apatah legi menidakan suratan yang tertulis untukku. Namun dugaan ini benar-benar mengundang rasa hiba. Nafas bagaikan tersekat di pundak. Aku perlu menangis Ya Allah untuk melepaskan segala bebanan ini. Aku perlu mencari kekuatan untuk meneruskan langkah yang semakin hari semakin sukar. Aku ingin mencari rasa redha di atas takdir yang Kau tetapkan untukku. 

Namun Ya Allah sesungguhnya aku bersyukur di atas dugaan yang Kau berikan. Aku sedar begitu banyak rahmat yang Kau limpahkan kepadaku namun aku alpa, alpa dengan egoku. Dan hari ni aku bersyukur kerana Kau kurniakan aku dugaan sebagai tanda kasih sayangMu kepadaku, sebagai peringatan aku tidak terus hanyut dalam mainan emosi.

Ya Allah, betapa aku malu kepaMu. Sesungguhnya aku insan kotor. Terasa diri begitu kerdil memohon kasih sayangMu. Betapa aku jauh terpesong dari jalanMu. Aku ego, bongkak dan alpa dalam mencari kesempurnaan dunia. Ya Allah aku ingin mencari redhaMu…aku ingin berjalan di jalanMu, aku ingin berkumpul dengan penghuluku,  Rasullullah dan para sahabat. Ya Allah tunjukan arahku, tunjukkan arah kiblatku. Kurniakan cahayaMu…bantulah aku istiqomah dalam perjalananku ini.

Sesungguhnya aku tahu Kau tidak akan mengujiku di luar dari kemampuanku. Aku terima dugaan ini sebagai tanda kasih sayangMu kepadaku…dan sebagai hukuman di atas dosa-dosaku yang tidak terkira banyaknya. Bantulah aku untuk pasrah. Bantulah aku untuk menjalani kehidupan ini dengan ikhlas. Bantulah aku agar tidak berpaling dari jalanMu. Sesungguhnya kau benar-benar takut Ya Allah jika takdir menyatakan hari esok aku dipanggil menghadapMu, aku pergi menemui sebagai hambaMu yang kufur…Subhanallah.

Dan malam ini aku ingin menangis. Aku menangis melepaskan kesedihan yang bersarang di benak ku. Aku ingin menangis untuk melepaskan lelahku. Aku ingin menangis mengenang dosa-dosaku ku kepadaMu. Aku ingin menangis agar apa yang terbuku dapat kulepaskan. Aku ingin menangis agar hari esok di saat aku buka mata, di saat aku menghirup udara, aku akan diberikan kekuatan untuk melangkah. 

Aku ingin menangis malam ini agar pada hari esok aku dapat tersenyum redha menerima apa sahaja yang telah tersurat untukku. Aku ingin menangis malam ini agar pada hari esok aku dapat meneruskan perjuangan di bumiMu dengan tabah.


AKU INGIN MENANGIS

Aku ingin menangis
Untuk melepaskan hiba di hati

Aku ingin menangis
Untuk melepaskan lelah yang bersarang

Aku ingin menangis
Mengenang dosa-dosa semalam

Aku ingin menangis
Mengenang nikmat semalam yang telah aku kufuri

Aku ingin menangis
Agar hari esok tiada lagi tangisan 
Cuma ada senyuman pengubat
Bibir yang lesu, hati kaku ,jiwa yang beku

Aku ingin menangis agar
Dapat ku teruskan perjuangan meredah badai

Aku ingin menangis
Agar hari esok aku dapat menggenggam tabah

Aku ingin menangis
Agar hari esok aku dapat mengukir senyum

Aku ingin menangis
 Agar hari esok aku dapat bangun mencari redha Mu
Dan hari ini
AKU HANYA INGIN MENANGIS

Tuesday, July 24, 2012

MERAHNYA INAI DI JARI...


MERAHNYA INAI DI JARi...


Assalamualaikum....

Lama dah Wawa tak update blog yang memang tak ada siapa nak baca ni. Ni semua akibat terlampau SYOK bergelumang dengan THESIS TERCHENTA. Alhamdulillah sempat juga Wawa hantar final draft minggu lepas. Lepas hantar draft, Wawa bergegas balik ke kampung dekat Black Water, Rock Chiesel..kat mana tuh?Bunyi jauh sangat jer...heheheh. Tak jauh pun...dekat Ayer Hitam, Batu Pahat jer. Saje nak letak nama macam dekat oversea...baru la KELAS KO JAH!!!

Kalau diikutkan hati memang la malas nak balik kampung bukan tak mahu tapi memikirkan exam dah dekat, ketaq lutut chek. Tapi memandangkan sepupu Wawa nak kahwin...terpaksa la jugak. Mama suruh balik, ya la duk kampung ni lain macam sikit. Kalo tak balik tak pasal-pasal dicop kekwat la pulak...

Panjang pulak intro Wawa kan. Jadi dah balik tu for sure la kena turun padang rewang, membantu apa yang patut. Buat bunga telor, bungkus goodies bag, bla...bla...bla...seribu satu macam kerja la kan. Tapi ada satu kerja ni mamang Wawa selalu joint, jaran-jarang sangat tak joint. Pakaikan inai untuk pengantin perempuan...

Inai ni memang popular la dalam adat Melayu. Tak sah la kalau pengantin tak pakai inai...kalau pengantin tu tak pakai inai memang something wrong somewhere la. Wawa pernah dengar ada satu dongeng la...lagi merah inai di jari pengantin tu lagi la bahagia la rumah tangga dia nanti. Sahih atau tak..Wawa pun tak tau.

Ingat lagi dulu mana ada inai serbuk jadi terpaksalah ambik yang fresh lepas tu tumbuk...sebab nak bagi merah macam la kami letak...arang, gambir, nasik...semua masuk...lepas tu perah air limau...rasa macam nak buat sambal belacan pun ada juga.La ni tak payah dah susah...kalo nak fresh punya masuk aja dalam belder (pastika basuh bersih2 nnt pijo plak). Nak lagi senang pegi jer kedai-kedai pengantin atau kedai-kedai India...lepas tu cakap, 'annei saya mau itu inai serbuk'. Balik rumah bancuh, lepas tuh tempek. Nak lagi senang pegi jer kedai mintak, 'saye nak inai dalam tube". Tadaaaaaa....zaman dah moden kan.

Dulu arwah Tok slalu cakap jangan pakai inai siang hari. Nanti kalau ayam nampak...kalau ayam nampak nanti tak merah. Padahal...inai kena pakai waktu malam, kalau pakai siang nanti tak jadi kerjalah. Nak tunggu inai tu kering lama tau...kesian tengok pengantin lepas jer pakai inai dah tak boleh bergerak. macam insan kelainan upaya pulak dah...

Masa zaman Wawa kecik-kecik dulu orang pakai inai kat jari je...lepas buat bulat dekat tapak tangan, kaki pulak cuma pakai dekat jari lepas tu keliling kaki tu buat satu jalur panjang...sekarang tren baru berlukis-lukis..macam-macam corak. Suka Wawa tengok kreatif. Kalau dah bosan-bosan Wawa pun buat juga...saja nak lepas gian. Tapi hari tu ada hamba Allah ni cakap pada Wawa pakai inai bercorak ni haram. Terus terang Wawa tak tau...so selepas melakukan proses menggoogling..so inilah jawapan yang Wawa dapat:

  • Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa
  • Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  • Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  • Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

(Sumber:http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemakaian-inai-bercorak-mengikut-syarak)

Jadi jawapannya tak haram yer saudara dan saudari. Dekat sini Wawa nak nasihat kepada diri sendiri dan pada saudara saudari di luar sana. Jangan cepat mengengeluarkan hukum, siasat dule betul-betul. Sekarang ni mudah, taip jer..keluar la semua. Tapi pilihlah site-site yang dipercyai. Jangan main bantai jer.

So end of the day Wawa pun joint la skali pakai inai. Taraaaa...tapi bukan la macam pengantin. Bridemaids pakai kat kuku jer...jangan la cepat salah sangka yer kawan-kawan ni. Ramai jer yang bukan pengantin pakai inai, ada macam Wawa ni, saja suka-suka, ada yang untuk berubat. Petua orang tua-tua inai ni boleh sembuhkan cagu(sejenis penyakit kuku), boleh lebatkan rambut, boleh penyakit kulit..macam-macam la. Sebab tu la kalo zaman dulu rumah orang Melayu memang wajib ada pokok ni.

Tapi bagi Wawa secara personalnye...inai ni bagi Wawa sebagai satu simbol happiness. Ye la nak kahwin siapa tak happy. Lagipun dalam memori Wawa inai ni memang biasanya untuk occassion yang menggembirakan sebab biasanya orang pakai bila bertunang, berkahwin or even untuk hari raya. So bila tengok merahnya inai di jari jer dah cukup buat Wawa jadi happy...

Thursday, April 26, 2012

Wawa's Personaliti Test


Wawa suke sangat buat ujian personaliti. Kat facebook tu sume ujian personaliti Wawa buat, yang merepek, yang tak merepek...so kat bawah ni ade beberapa ujian yang Wawa rase agak boleh pakai la. Sebelum ni meh Wawa bagitau sikit-sikit perkara tentang Wawa. Wawa pade 10 Februari tahun tuttttttt bersamaan 3 Rejab tahun tuttttttt Hijrah. So kalau lahir bulan Februari tuh tau la...zodiak Wawa Aquarius. Anak sulung daripda 3 adik beradik...aku kan akakkkkkkkk (ayat famous bile nak suruh adik-adik buat kerje). Menurut test darah yang Wawa buat masa sekolah menengah dulu...jenis darah Wawa ni O+. So kat bawah ni hasil personaliti test yang Wawa dah buat...



ANAK SULUNG
  • anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur serta ego
  • sering berjaya dalam hidup
  • lebih pandai mengambil hati orang tua
  • nilai tanggungjawab yang tinggi

 FEBRUARI
  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang reality dan abstrak.
  • Intelligent, bijak dan genius.
  • Berpesonaliti yang mudah berubah.
  • Mudah menawan hati orang lain.
  • Agak pendiam, pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah mempamerkan marahnya.
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • Sangat berani dan suka memberontak
  • Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka hiburan dan sukan.
  • Suka benda yang bersifat seni.
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi.


REJAB
  • Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidik dengan baik agar dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. 
  • Ketika dewasa, dia suka bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa .

AQUARIUS YANG RASIONAL
  • Ciri Positif:Orang yang lahir pada tarikh antara 20 Januari hingga 18 Febuari dikatakan bernaung di bawah zodiak Aquarius, yang berlambang gelombang (alur air). Anda meminati pengembaraan, berjiwa kemanusiaan, ingin tahu, ada semangat berontak, bersikap spontan, progesif, persahabatan, hak asasi, berkumpulan, dan manfaat manusia.
  • Ciri Negatif:Walau bagaimana pun,ada kalanya Aquarius menghadapi gangguan, tak boleh dijangka, suka membantah, memberontak, tak lengkap, perilaku salah, tak kosisten, perangai radikal, kurang kaedah, dan mendatangkan bencana.


ANAK SULUNG
  • anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur serta ego
  • sering berjaya dalam hidup
  • lebih pandai mengambil hati orang tua
  • nilai tanggungjawab yang tinggi


JENIS DARAH O ADALAH PEJUANG (WARRIORS)
  • Mereka "outgoing","expressive", dan "passionate". O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.
  • Peribadi Asas:Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.
  • Kadar Toleransi:Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia. 
  • Bagaimana Mereka Melihat Masa Hadapan Dan Masa Lampau: Positif tentang masa lampau, oleh itu, tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan. 
  • Bagaimana Mereka Menggambarkan Perasaan:Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus. 
  • Bagaimana Mereka Bekerja:Keupayaan menumpukan perhatian bergantung kepada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.
* Tapi ingatan kat kawan-kawan, test ni bukannya diyakini 100% betul yer. Ni salah satu cara nak kenali diri. Kalo dapat yang tak ok tu jgn la pulak nanges golek-golek, sebab semuanya berbalik pada diri sendiri jagak.

Sunday, April 22, 2012

Wawa & Aiskrim Malaysia...


Jam dah menunjukkan pukul 1.35 am. Wawa masih tercegat depan labtop key in data untuk THESIS TERCHENTA. Entah kenapa malam ni Wawa rase panas (eh salah dah pagi dah pun). Nak kata Wawa tak mandi 40 minit Wawa bersiram tadi...kenapa ya panas padahal tadi magrib hujan turun...aaaaa...Wawa tau biase la climate change. So Wawa nak bg pesanan penaja sikit yer...Family & friends please reduce your carbon footprint to save our earth from the culprit GLOBAL WARMING!!!

Tiba-tiba kan Wawa teringat pasal aiskrim Malaysia...ala aiskrim yang panjang dalam plastik tu, kaler macam-macam rase ade oren, chocolate, ade sirap, ade anggur, ade kacang hijau, kacang merah...dulu mase zaman kecik2 harge die seposen je...tapi skang dah 20 sen.Wawa paling suke perisa asam boi....manis, ade rase masam-masam cikit, masin pun ade...sejuk je bile isap. Dah abis makan ais die last sekali ade asam kecut.....aaaaaa...bestnyer.



Wawa ni sebenarnya memang peminat tegar aiskrim. Sejak kecik lagi Wawa memang sangat-sangat suka makan aiskrim Malaysia ni. Ingat lagi lepas balik sekolah pagi (sekolah rendah) Wawa kene pergi sekolah petang pulak (sekolah agama). Oleh sebab mama dengan abah kerje so Wawa tak balik terus jalan kaki pegi sekolah agama. Alah tak jauh pun dalam 200m jer. Sambil berjalan mesti sambil nyonyot aiskrim...uuuuuuu...sangat menyegarkan...

Wawa ni budak kampung so mase zaman Wawa kecik2 dulu tak semua rumah ade peti ais. Jadi mak Teh Wawa buat air batu (masuk dlm plastik, ikat, keraskan) dengan aiskrim Malaysia ni la. Kalau cuti sekolah Wawa la tukang jage kedai...upah die...jeng jeng jeng...setiap kali orang datang beli commission die sebatang.Gheee...best kan.(tapi selalu jer kene marah dengan arwah Tok Wan sebab banyak sangat makan aiskrim =b)


Tapi aiskrim Mak Teh memang the best...terbaekkk. Nak tau kenape...meh Wawa ulang balik apa Mak Teh kate..."Kalau nak buat aiskrim ni biaq maneh, jangan kedekut gula. Kesian kat budak2 isap ja dah jadi tawaq heber. Asam kecut boh sebijik jangan penyegan boh separuh, nanti tak rasa natang apa." Kesedapan aiskrim Mak Teh tu sampai sekarang orang ingat walopon dah tak meniaga lagi.Kadang-kadang bila balik kampung Wawa rajin juga mengada mintak Mak Teh buatkan.Tapi sebenarnya keikhlasan Mak Teh tu yang jadikan aiskrim tu sedap.Ish terliur la pulak...tak boleh jadi ni esok kena buat ni...4 batang pun jadi la almaklumlah peti ais Wawa mini bar je...hehehe. 

So itulah cerita kesedapan yang mendinginkan Wawa & Aiskrim Malaysia...